Bomba Perancis bergelut kawal kebakaran hutan

Astro Awani
Julai 15, 2022 09:40 MYT
Kebakaran yang tercetus sejak Selasa lalu itu telah memusnahkan hampir 4,000 hektar kawasan hutan. - Foto REUTERS
LANDIRAS: Kira-kira 1,000 anggota bomba dikerahkan bagi memadam kebakaran di dua lokasi di Perancis.
Kebakaran yang tercetus sejak Selasa lalu itu telah memusnahkan hampir 4,000 hektar kawasan hutan.
Pihak berkuasa tempatan bergelut mengawal kebakaran berikutan faktor angin kencang dan kesukaran mengawal bahagian tengah kebakaran.
Pihak bomba menggunakan enam pesawat pengebom air bagi memadamkan dua kebakaran yang mengakibatkan lebih 6,000 penduduk dipindahkan.
Perancis yang sebelum ini mengalami beberapa siri kebakaran hutan sejak beberapa minggu lalu, menempuh kesengsaraan sama seperti negara Eropah lain yang sudah berbulan-bulan dilanda gelombang haba.
Musibah berpunca daripada gelombang haba itu mengakibatkan suhu meningkat melebihi 45 darjah Celsius di beberapa wilayah.
#kebakaran hutan #gelombang habas #angin kencang #penduduk pindah
;