Bom: Polis Thailand edar lakaran wajah suspek

Astro Awani
Ogos 19, 2015 19:02 MYT
Suspek digambarkankan berkulit cerah, sedikit berjambang, rambut hitam dan berkaca mata. - Foto Polis Diraja Thailand menerusi AP
Polis Diraja Thailand hari ini mengedarkan satu lakaran terperinci suspek yang disyaki sebagai pengebom yang dilihat pada rakaman litar tertutup CCTV sebelum ini.
Menurut jurucakap polis Prawut Thavornsiri, lelaki yang belum dikenal pasti identitinya itu belum dapat dipastikan sama ada warga Thailand atau mungkin orang asing.
Suspek digambarkankan berkulit cerah, sedikit berjambang, rambut hitam dan berkaca mata.
Lelaki ini disyaki dilihat pada rakaman CCTV meninggalkan sebuah beg di pagar Kuil Erawan beberapa minit sebelum letupan yang meragut 20 orang mangsa dan mencederakan sekurang-kurangnya 120 orang awam.
Lakaran suspek yang dikeluarkan pihak Polis Diraja Thailand. - AP
Polis akan memohon perintah waran tangkap ke atas suspek daripada mahkamah secepat mungkin sebaik berjaya menahannya.
Individu yang menyalurkan maklumat kepada polis sehingga tertangkapnya suspek turut akan diberi ganjaran satu juta baht.
Dalam kejadian Isnin malam itu, empat sekeluarga dari Malaysia antara mangsa yang terkorban dalam insiden letupan di persimpangan Ratchaprasong berdekatan dengan Kuil Erawan dan pusat membeli-belah Bangkok.
Video: Polis Thai edar lakaran wajah suspek. - Reuters
#bom #CCTV #lakaran #letupan #suspek #Thailand
;