Bom Perang Dunia Kedua 'Tallboy' ditemukan ketika kerja pendalaman jalan
Khairunnisa Kasnoon
Oktober 15, 2020 08:00 MYT
Oktober 15, 2020 08:00 MYT
WARSAW: Pasukan tentera Poland meletupkan bom Perang Dunia Kedua di dasar Luat Baltik pada Selasa.
Bom Tallboy seberat 5.4 tan itu dijumpai pada September 2019 di laluan bawah tanah menuju ke pelabuhan Szczecin ketika kerja-kerja memperdalam jalan tersebut dijalankan.
Lebih daripada 750 orang dipindahkan untuk operasi tersebut kerana ia terletak di pinggir resort Laut Baltik yang terkenal di Swinoujscie.
Pakar pemusnah bom tentera Poland berusaha meneutralkannya di bawah air melalui pembakaran udara.
Tiada kecederaan dilaporkan kerana proses tersebut dilakukan pada jarak yang selamat.