Bom dilempar depan kediaman PM Thailand

Agensi
April 11, 2022 14:32 MYT
Semalam juga merupakan sambutan ulangtahun ke-12 Protes 'Baju Merah' di mana peserta protes bertindak membakar keranda yang diletakkan muka Prayuth. - Foto TheThaiger
KUALA LUMPUR: Dua bahan letupan buatan sendiri dilempar berdekatan pintu masuk kediaman rasmi, Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-o-cha.
Jurucakap kerajaan, Thanakorn Wangboonkongchana memaklumkan tiada kecederaan dilaporkan susulan kejadian yang berlaku sekitar 8 malam Ahad.
"Ketika ini polis masih mencari pelaku kes tersebut.
"Perdana Menteri tidak memberi sebarang arahan secara spesifik berhubung perkara itu dan akan kekal tinggal dan bertugas dari kediaman itu sepanjang Songkran," katanya.
Kediaman tersebut terletak di Regimen Infantri Pertama di Vibhavi Rangsit Road, Bangkok.
Semalam juga merupakan sambutan ulangtahun ke-12 Protes 'Baju Merah' di mana peserta protes bertindak membakar keranda yang diletakkan muka Prayuth.
#Baju Merah #Bangkok #Prayuth Chan-o-cha #bom
;