Bolsonaro tidak iktiraf keputusan pilihan raya umum Brazil
Astro Awani
November 2, 2022 10:30 MYT
November 2, 2022 10:30 MYT
BRASILIA: Jair Bolsonaro tidak mengiktraf keputusan pilihan raya susulan kekalahannya kepada parti berhaluan kiri Lula da Silva.
Walaupun kalah tipis, Bolsonaro berkata beliau akan terus mengikut keluhuran perlembagaan undang-undang negara.
Selepas ucapan pertama Bolsonaro sejak keputusan dikeluarkan dua hari lalu, ketua kakitangan pilihan raya, Ciro Nogueira memberitahu bahawa bekas presiden itu telah memberi kuasa kepadanya untuk memulakan proses peralihan pentadbiran.
Bolsonaro, penyandang kanan sayap kanan parti, kalah dalam pilihan raya umum Brazil pada Ahad dengan memperolehi 49.1 peratus undian berbanding Da Silva 50.9 peratus.
Ia adalah pertandingan presiden paling sengit sejak Brazil kembali kepada demokrasi pada 1985 dan menandakan kali pertama Bolsonaro tewas dalam karier politiknya selama 34 tahun.
Sama seperti bekas presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang dikagumi Bolsonaro secara terbuka, beliau berulang kali mempersoalkan sistem pilihan raya negara itu dengan mendakwa mesin pengundian elektronik terdedah kepada penipuan.
Bagaimanapun beliau tidak pernah memberikan sebarang bukti walaupun diarahkan berbuat demikian oleh mahkamah pilihan raya.
Keadaan itu telah menyebabkan ramai penganalisis politik memberi amaran bahawa Bolsonaro bakal menolak keputusan pilihan raya kali ini.