Boeing lapor kerugian besar pada suku keempat
Bernama
Januari 28, 2025 23:26 MYT
Januari 28, 2025 23:26 MYT
NEW YORK: Gergasi aeroangkasa Amerika Syarikat Boeing Co, melaporkan kerugian yang semakin besar pada suku keempat berbanding tempoh yang sama tahun lalu, menurut laporan yang dikeluarkan pada Selasa, lapor agensi berita Jerman dpa.
Jumlah kerugian syarikat itu berjumlah US$3.923 bilion atau US$5.46 setiap saham. Ini berbanding dengan kerugian berjumlah US$23 juta atau US$0.04 setiap saham pada tahun sebelumnya.
Tanpa mengambil kira item tertentu, Boeing melaporkan pendapatan yang diselaraskan sebanyak -US$5.90 sesaham untuk tempoh tersebut. Purata jangkaan penganalisis adalah syarikat itu akan memperoleh -US$1.66 sesaham. Anggaran penganalisis biasanya tidak termasuk item khas.
Pendapatan syarikat bagi tempoh tersebut menurun 30.8 peratus kepada US$15.242 bilion berbanding US$22.018 bilion pada tahun sebelumnya.
-- BERNAMA