Boeing gantung pengeluaran model 777 susulan insiden kegagalan enjin
Hilmi Malik
Februari 23, 2021 08:27 MYT
Februari 23, 2021 08:27 MYT
CHICAGO: Syarikat pengeluar pesawat Boeing memutuskan untuk menggantung pengeluaran jenis 777 berikutan insiden kegagalan enjin melibatkan pesawat United Airlines.
Penggantungan tersebut membabitkan sebanyak 128 buah pesawat yang menggunakan enjin Pratt & Whitney PW-400.
Pesawat Boeing 777 yang menggunakan enjin tersebut sebahagiannya digunakan syarikat penerbangan Jepun, All Nippon Airways dan Asiana, milik Korea Selatan.
Tindakan itu dibuat katanya bertujuan atas faktor keselematan sementara menantikan pihak kawal selia Amerika Syarikat melakukan siasatan lanjut.
Sebelum ini, pesawat United Airlines dilaporkan terbakar pada Isnin akibat kebakaran enjin sebaik sahaja berlepas.
Susulan insiden tersebut, pesawat yang membawa seramai 231 penumpang serta 10 anak kapal itu terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Denver.
Kejadian itu turut menyaksikan beberapa serpihan enjin pesawat jatuh di beberapa Kawasan perumahan di sekitar Colorado.
#Boeing 777
#Amerika Syarikat
#penerbangan
#United Airlines
#pesawat
#Pratt And Whitney PW-400
#gantung pengeluaran