Blok Afrika Timur suara 'kebimbangan' terhadap krisis Sudan

Bernama
April 19, 2023 13:28 MYT
Sekurang-kurangnya 185 orang dilaporkan terbunuh manakala 1,800 lagi cedera apabila pertempuran meletus antara Angkatan Bersenjata Sudan dan Rapid Support Forces (RSF) di ibu negara Khartoum dan kawasan sekitarnya pada Sabtu. -Gambar fail/Reuters
KIGALI: Blok Komuniti Afrika Timur (EAC) pada Selasa menyuarakan "kebimbangan yang mendalam" mengenai konflik yang sedang berlaku di Sudan, serta memberi amaran bahawa ia akan memberi kesan di rantau ini dan benua Afrika.
Sekurang-kurangnya 185 orang dilaporkan terbunuh manakala 1,800 lagi cedera apabila pertempuran meletus antara Angkatan Bersenjata Sudan dan Rapid Support Forces (RSF) di ibu negara Khartoum dan kawasan sekitarnya pada Sabtu.
"EAC amat prihatin dengan konflik yang berterusan di negeri jiran kita.
"EAC menggesa agar permusuhan antara pihak yang bertelagah dihentikan serta merta untuk mengelakkan kehilangan nyawa, kecederaan dan kerosakan harta benda," lapor Agensi Anadolu yang memetik kenyataan blok itu.
Blok itu menyeru kedua-dua pihak untuk menyelesaikan konflik secara baik melalui mekanisme penyelesaian konflik yang ada di peringkat serantau, benua dan antarabangsa.
-- BERNAMA
#Blok Komuniti Afrika Timur #Krisis Sudan #RSF #EAC
;