Blinken tiba di China bagi kendurkan ketegangan

Bernama
Jun 18, 2023 13:51 MYT
Ini merupakan lawatan pertama Blinken ke China sejak dilantik menjawat jawatan itu pada 2021. -Reuters
BEIJING: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken tiba di Beijing bagi mengadakan perbincangan dengan pegawai kanan China, lawatan yang bertujuan memulihkan semula hubungan antara kerajaan, lapor agensi berita Jerman dpa.
Beberapa siri pertemuan dengan wakil kerajaan berpangkat tinggi dirancang sebelum Blinken berlepas pada Isnin.
Kerajaan Biden mengambil masa hampir enam bulan untuk menjadualkan semula lawatan ini yang sepatutnya berlangsung pada Februari lalu.
Ini merupakan lawatan pertama Blinken ke China sejak dilantik menjawat jawatan itu pada 2021.
--BERNAMA-dpa
#Antony Blinken #setiausaha negara Amerika Syarikat #Beijing #memulihkan semula hubungan antara kerajaan
;