BLACKPINK, Tomb Raider versi Korea?
Agensi
Mac 29, 2019 11:11 MYT
Mac 29, 2019 11:11 MYT
SELEPAS membelanjakan teaser poster daripada setiap imej baharu anggota mereka, kini BLACKPINK tampilkan pula poster yang diinspirasikan berdasarkan filem ‘Tomb Raider’ untuk wajah baharu album mereka, “Kill This Love!”
Jisoo, Lisa, Jennie dan Rose yang sebelum ini sangat popular dengan imej feminin berubah kepada bergaya lasak iaitu ‘Tomb Raider’ yang sebelum ini terkenal dengan watak Angelina Jolie.
BLACKPINK dilihat seperti telah bersedia untuk mengambil alih semula pentas K-pop selepas kemasyhuran “ddu-du ddu-du”.
Teddy Park, selaku ‘hitmaker’ YG Entertainment yang menjadi tulang belakang pada kesemua lagu BLACKPINK, sekali lagi bekerjasama dengan kumpulan tersohor industri K-pop ini.
Lebih menarik, kesemua lagu BLACKPINK yang dihasilkan oleh Teddy tersenarai di carta tertinggi dan pernah melakar sejarah kerana tersenarai di carta Billboard.
“Kill This Love” yang bakal dilancarkan pada 5 April ini menjadi penantian yang besar buat peminat mereka, BLINK dan bakal menjadi satu ‘comeback’ yang besar buat kumpulan itu.