Blackpink pecah rekod, klip muzik video raih tontonan 300 juta
Faris Danial Razi
Mei 7, 2019 12:06 MYT
Mei 7, 2019 12:06 MYT
DALAM hanya masa sebulan, klip muzik video bagi lagu sensasi Blackpink, ‘Kill This Love’ telah mencapai jumlah tontonan sebanyak 300 juta di laman YouTube!
‘Kill This Love’ yang telah dimuat naik pada 5 April lalu itu merupakan lagu rasmi mini album baharu mereka menjadikan ia sebagai muzik video K-pop yang pertama untuk mencecah jumlah tontonan sebanyak 300 juta dengan sepantas itu.
Lebih terperinci, jumlah tontonan 300 juta itu dicapai selepas 32 hari ia dimuat naik di Youtube.
Jika ingin dibandingkan dengan lagu fenomena mereka sebelum ini, ‘DDU-DU DDU-DDU” ia telah meraih jumlah penonton di Youtube sebanyak itu dalam masa 69 hari.
'Kill This Love' ternyata memberi tamparan yang besar buat peminat malah buat peminat baharu Blackpink sendiri yang mula ‘sangkut’ dengan keunikan Blackpink.
Ini merupakan muzik video keenam buat Blackpink yang memecah rekod jumlah tontonan tersebut selepas lagu ‘Whistle’, ‘Playing With Fire’, ‘BOOMBAYAH’, ‘As If Its Your Last’, and ‘DDU-DU DDU-DU’.
Bagaimanapun, BTS mengikut rapat di belakang dengan memperoleh jumlah tontonan sebanyak 265 juta menerusi lagu ‘Boy With Luv’ meskipun baru tiga minggu dimuat naik di YouTube.
Tahniah Blackpink!
Bagi meraikan rekod yang dicapai Blackpink, mari kita saksikan muzik video 'Kill This Love'!