Black Lives Matter: Rakyat Australia berhimpun tuntut keadilan
Agensi
Jun 13, 2020 04:42 MYT
Jun 13, 2020 04:42 MYT
Ribuan penduduk berkumpul bagi menyertai tunjuk perasaan Black Lives Matter di bandar Perth, Australia pada Sabtu, meskipun didesak pihak berkuasa supaya tidak berkumpul bagi mengelakkan penyebaran COVID-19.
Penunjuk perasaan yang berkumpul di Perth itu dianggarkan di antara 8,000 dan 15,000 orang.
Salah seorang aktivis pribumi Noongar memaklumkan protes itu merupakan pesanan kepada pihak berkuasa mengenai ketidakadilan terhadap golongan minoriti.
"Ayuh semua anak-anak muda, marilah bersuara untuk kami, kerana nanti anda akan mengambil alih.
"Kita harus mempunyai kesatuan di antara kita, di antara orang kita sendiri,untuk menyampaikan mesej di luar sana: bahawa kita akan selalu berada di hadapan mereka.
"Terlalu banyak orang kita yang telah mati," katanya.
Ia juga merupakan seruan untuk mengetengahkan apa yang didakwa sebagai perkauman sistemik terhadap penduduk Asal.
Mereka merupakan etnik minoriti yang paling kurang beruntung di Australia dan mempunyai kadar kematian bayi yang lebih tinggi, serta jangka hayat yang lebih pendek dan tahap pendidikan dan pekerjaan yang lebih rendah