BJ Habibie selamat disemadi

Astro Awani
September 12, 2019 15:36 MYT
Jenazah BJ Habibie diusung sebelum disemadikan di Taman Makam Pahlawan di daerah Kalibata, Jakarta Selatan pada Khamis. - Foto Reuters
Istiadat pemakaman jenazah bekas Presiden Indonesia ke-3, Bacharuddin Jusf Habibie atau turut dikenali sebagai BJ Habibie, selesai disempurnakan dekat daerah Kalibata, Jakarta Selatan sekitar jam 3.30 petang (waktu Malaysia).
Suasana suram menyelebungi upacara pengebumian jenazah Habibie yang disemadikan di Taman Makam Pahlawan, bersebelahan pusara isterinya, Allahyarhamah Ainun Habibie.
BJ Habibie, meninggal dunia pada usia 83 tahun di Jakarta pada pukul 6.05 petang (waktu tempatan).
BJ Habibie menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya di Hospital Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto di Jakarta.
Berita duka pemergian Presiden ketiga negara itu disahkan anak lelakinya, Thareq Kemal.
Allahyarham Habibie mula menjalani rawatan secara intensif di hospital tersebut sejak 1 September lalu berikutan pelbagai masalah kesihatan yang dialaminya.
Ribuan warga tempatan berbaris di kiri kanan jalan sepanjang laluan digunakan kenderaan khas dibawa jenazah Almarhum BJ Habibie.
Istiadat pengebumian bermula kira-kira jam 1 tengah hari (waktu Malaysia) pada Khamis dengan dihadiri Presiden Joko Widodo dan isteri serta Menteri Kabinet Indonesia.
#Bacharuddin Jusuf Habibie #BJ Habibie #Hospital Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto #Joko Widodo #kesihatan #mangkat #mantan presiden Indonesia #Mengenang Habibie #pemakaman #persemadian
;