Biodiversiti marin: Lebih 100 negara tandatangani perjanjian
Astro Awani
Mac 6, 2023 08:46 MYT
Mac 6, 2023 08:46 MYT
LEBIH 100 negara menandatangani perjanjian yang ditetapkan untuk melindungi biodiversiti marin dunia dalam satu mesyuarat bersama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Sabtu di New York.
Perjanjian itu merupakan langkah untuk meminimumkan kesan manusia ke atas laut.
Hampir dua pertiga negara-negara di seluruh dunia terletak di luar sempadan laut dan ia menyaksikan undang-undang yang tidak sekata dikuatkuasakan.
Mesyuarat itu bertujuan mewujudkan perjanjian untuk menyatupadukan usaha pemuliharaan dan penggunaan mampan ekosistem marin yang luas.
Rundingan secara rasmi yang dikenali Persidangan Antara Kerajaan Mengenai Biodiversiti Marin Di Kawasan Luar Bidang Kuasa Negara dimulakan bulan lalu bagi menyambung semula rundingan yang digantung pada musim luruh lalu tanpa persetujuan akhir.
Pakar menyatakan bahawa perjanjian lautan global perlu dikuatkuasakan bagi melindungi 30 peratus lautan di planet bumi, serta tanah, bagi tujuan pemuliharaan.