Bintang YouTube, PewDiePie, marah namanya disebut pengganas insiden Christchurch

Ng Aun Kee
Mac 15, 2019 15:17 MYT
PewDiePie menerusi Twitternya berkata bahawa dia berasa mual kerana namanya diucapkan oleh pengganas tersebut. - Instagram @pewdiepie
PENGGANAS yang terlibat dalam insiden tembakan rambang di Christchurch, New Zealand kedengaran berkata “Subscribe to PewDiePie” sebelum melepaskan tembakan dalam satu muat naik video di Twitter.
Lelaki tersebut yang dikenal pasti dengan nama Brenton Tarrant, telah memuat naik video itu bersama manifestonya di platform media sosial berkenaan.
Walaupun kesuluruhan video tersebut telah diturunkan daripada media sosial, namun terdapat warga net yang masih menularkan video yang telah dipendekkan itu di laman sosial Twitter.
PewDiePie merupakan nama dalam talian bagi seorang bintang YouTube Sweden, Felix Arvid Ulf Kjellberg. Dia yang juga merupakan pemain dan pengulas permainan video yang terkenal menerusi kandingan video di saluran YouTubenya.
Susulan itu, PewDiePie menerusi Twitternya berkata bahawa dia berasa mual kerana namanya diucapkan oleh pengganas tersebut.

Just heard news of the devastating reports from New Zealand Christchurch. I feel absolutely sickened having my name uttered by this person. My heart and thoughts go out to the victims, families and everyone affected by this tragedy.

— (@pewdiepie) March 15, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu, PewDiePie juga menunjukkan perasaan pilunya kepada keluarga dan mangsa serta orang lain yang mendapat impak daripada insiden ini.
“Subscribe to PewDiePie” ini sebenarnya merupakan satu kata frasa yang timbul apabila akaun YouTube, ‘Tseries’ kelihatan hampir melebihi pelanggan yang melanggan akaun YouTube PewDiePie.
Supaya pelanggan PewDiePie tidak jatuh, peminatnya menggunakan kata frasa tersebut untuk mengalakkan orang ramai melanggan saluran itu.
#Christchurch #Media #media sosial #New Zealand #PewDiePie #tembakan #Twitter #video #YouTube
;