Bintang ragbi New Zealand, Sonny Bill Wiliams, bersedih atas insiden di Christchurch
Agensi
Mac 15, 2019 13:40 MYT
Mac 15, 2019 13:40 MYT
BINTANG All Blacks, Sonny Bill Williams, turut terkesan dengan tragedi tembakan tambang di masjid di Christchurch apabila memuat naik sebuah video di akaun Twitternya.
Dalam video tersebut, Williams kelihatan berkongsi perasaan pilunya selain menyatakan sokongan emosi untuk mangsa-mangsa yang terlibat.
"Pedihnya hati saya dengan apa yang berlaku di Christchurch. Kasih dan doa saya untuk keluarga yang terlibat," tulis kapsyennya.
Pemain ragbi tersebut yang telah memeluk agama Islam pada tahun 2008, sambil menangis berkata, dia masih tidak boleh menghadamkan situasi yang telah berlaku.
Tambahnya, “Saya menyampaikan doa saya kepada keluarga mangsa, dan nampaknya terdapat 30 mangsa yang telah meninggal dunia.”
#Christchurch
#masjid
#Muslim
#New Zealand
#penembakan
#Ragbi
#sonny bill williams
#tragedi solaat jumaat
#Twitter