Bintang paralimpik Oscar Pistorius dibenar ikat jamin
Astro Awani
Februari 22, 2013 22:38 MYT
Februari 22, 2013 22:38 MYT
Bintang paralimpik Afrika Selatan, Oscar Pistorius yang berhadapan dengan tuduhan membunuh teman wanitanya, Reeva Steenkamp, dibenar ikat jamin.
Keputusan tersebut dicapai oleh mahkamah Pretoria pada Jumaat.
Majistret, Desmond Nair memaklumkan, Pistorius dibenar ikat jamin selepas pihak pendakwa gagal membuktikan Pistorius mempunyai perwatakan yang ganas mahupun akan melarikan diri.
Nair mengambil masa hampir dua jam untuk membacakan penghakimannya.
Terdahulu, Pistorius menafikan beliau membunuh Steenkamp secara sengaja sebaliknya menyangka ada penceroboh di rumahnya.