AS bina semula jeti sementara di Gaza untuk bantuan kemanusiaan

Astro Awani
Jun 8, 2024 08:20 MYT
Sebuah kapal dilihat melabuh di jeti terapung yang terletak di perairan Gaza bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dihantar kepada penduduk Palestin. - Foto REUTERS
GAZA: Amerika Syarikat (AS) mengumumkan ia membina semula jeti sementara di Gaza, yang musnah akibat cuaca buruk.
Pusat Pemerintahan Tentera (CENTCOM) memaklumkan bantuan kemanusiaan akan dihantar menerusi jeti terapung dalam tempoh beberapa hari.
Penduduk Palestin sebelum ini berdepan risiko kebuluran, gara-gara sekatan dikenakan Israel.
Ia menyebabkan hanya bekalan terhad memasuki wilayah itu.
Kumpulan bantuan sebelum ini memberi amaran, penghantaran bantuan menerusi jeti sementara adalah tidak berkesan.
Sebaliknya kumpulan itu mendesak laluan darat dibuka untuk membolehkan bantuan dihantar.
Hujung Mei lalu, 20 organisasi antarabangsa, termasuk Amnesty International dan Doctors Without Borders mengecam jeti sementara itu sebagai hanya perubahan kosmetik, yang gagal mengatasi krisis sepenuhnya.
Heti berharga AS$230 juta itu dianggap simbol kegagalan dan bertentangan dengan polisi AS di Gaza.
Biden umum pelan membina jeti itu dalam ucapan kebertanggungjawabannya Mac lalu.
Menurutnya jeti itu akan menerima penghantaran besar-besaran makanan, bekalan air bersih dan ubat-ubatan.
Projek itu siap pada pertengahan Mei, namun selepas operasi beberapa hari, ia dibadai ombak dan rosak.
Operasi jeti dijangka kembali ketika Israel meneruskan sekatan ke laluan sempadan Rafah antara Gaza dan Mesir.
#jeti #bantuan kemanusiaan #cuaca buruk #Gaza
;