Bimbang rusuhan, AS beri amaran berjaga-jaga kepada warganya di Baitulmaqdis
Astro Awani
Disember 6, 2017 08:32 MYT
Disember 6, 2017 08:32 MYT
Konsulat Amerika Syarikat (AS) di Baitulmaqdis telah mengarahkan kakitangan dan ahli keluarga mereka supaya tidak melakukan perjalanan peribadi ke bandar lama Baitulmaqdis atau Tebing Barat.
Ini kerana bimbang berlakunya rusuhan ke atas keputusan mengejut AS berkenaan Baitulmaqdis.
Kumpulan Palestin sebelum ini mengancam akan melakukan protes besar-besaran jika Presiden Donald Trump mengakui Baitulmaqdis adalah ibu negara Israel dan memindahkan Kedutaan AS di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat Selasa, konsulat berkata, pekerja kerajaan AS hanya boleh melakukan perjalanan ke Bandar Lama dan Tebing Barat bagi urusan penting dan dengan pengawalan ketat.
Amaran itu juga menggesa rakyat AS untuk mengelakkan kawasan sibuk atau kawasan yang dikawal polis atau tentera.
Trump dijangka akan mengumumkan keputusan AS pada Rabu.