Bill Gates, isteri umum perceraian

Astro Awani
Mei 3, 2021 06:52 MYT
Yayasan Bill dan Melinda Gates telah menderma sekurang-kurangnya ASD 1.75 bilion untuk program mengekang wabak COVID-19. - Twitter / @USGlobalGoals
PENGASAS bersama dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Bill Gates mengumumkan perpisahan dengan isterinya, Melinda selepas 27 tahun bersama.
Dalam satu kenyataan bersama di Twitter, pasangan itu memaklumkan sudah tiada lagi persefahaman.
Keputusan itu diambil setelah perbincangan mendalam diadakan.
Bagaimanapun, Bill dan Melinda menegaskan akan terus bekerjasama dalam Yayasan Bill dan Melinda Gates dalam membantu mereka yang memerlukan.

pic.twitter.com/padmHSgWGc

— Bill Gates (@BillGates) May 3, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pasangan ini bertemu pada akhir 1980-an ketika kedua-duanya bekerja di Microsoft.
Melinda kemudian berkahwin dengan lelaki keempat terkaya di dunia itu pada 1994.
Pasangan itu dikurniakan tiga anak.
Yayasan Bill dan Melinda Gates telah menderma sekurang-kurangnya AS$1.75 bilion untuk program mengekang wabak COVID-19.
#Bill Gates #Melinda Gates #bercerai #Yayasan Bill dan Melinda Gates #tiada lagi persefahaman #COVID-19 #Microsoft #pandemik #wabak #27 tahun bersama
;