Bill Withers meninggal dunia akibat komplikasi jantung

Agensi
April 3, 2020 22:46 MYT
Pemenang Anugerah Grammy tiga kali itu meninggalkan seorang balu dan dua orang anaknya. Foto: AP Newsroom
PENYANYI soul yang popular dengan lagu malar segar Ain't No Sunshine dan Lean On Me, Bill Withers dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung.
Penyanyi berusia 81 tahun itu menghembuskan nafas terakhir pada Isnin di Los Angeles, Amerika Syarikat seperti yang dimaklumkan oleh ahli keluarga kepada Associated Press.
Pihak keluarga menerusi satu kenyataan turut memaklumkan mereka berduka atas pemergian seorang suami dan juga bapa itu.
"Hasil karya mendiang sering menjadi sumber inspirasi untuk menghubungkan masyarakat dunia.
"Kami berharap pada waktu sukar ini ketika dunia sedang memerangi penularan COVID-19, muzik hasil mendiang dapat memberi ketenangan dan hiburan buat peminat untuk terus bersama dengan keluarga mereka," ujarnya.
Pemenang Anugerah Grammy tiga kali itu meninggalkan seorang balu dan dua orang anaknya.
#Ain't No Sunshine #Bill Withers #COVID-19 #jantung #meninggal dunia #Penyanyi R&B
;