Bill Clinton dirawat di ICU akibat jangkitan dalam darah

Astro Awani
Oktober 15, 2021 10:49 MYT
Clinton kini berada dalam keadaan stabil dan memberi respons baik terhadap ubat yang diberi. -Foto fail
WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Bill Clinton dimasukkan ke hospital di California pada Rabu.
Menurut jurucakap Angel Urena, bekas pemimpin berusia 75 tahun itu dimasukkan ke Pusat Kesihatan Irvine University California bagi menerima rawatan sepsis dipercayai disebabkan jangkitan kuman dalam darah.
Urena berkata Clinton kini berada dalam keadaan stabil dan memberi respons baik terhadap ubat yang diberi.
Beliau dijangka akan dibenarkan pulang ke rumah tidak lama lagi.
#Bill Clinton #Hospital #ICU #sepsis
;