Bill Clinton dibenarkan keluar hospital

Bernama
Oktober 18, 2021 12:01 MYT
Bekas presiden itu dimasukkan ke hospital pada Selasa malam kerana jangkitan urologi, menurut pembantunya. - Foto fail/AFP
LOS ANGELES: Bekas Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton dibenarkan keluar hospital pada Ahad selepas menjalani rawatan di sebuah hospital di selatan California, lapor Xinhua.
"Presiden Clinton dibenarkan keluar dari UC Irvine Medical Center hari ini. Suhu badan dan bacaan sel darah putihnya normal dan beliau akan pulang ke New York," kata ketua Jabatan Perubatan di Universiti California, Dr Alpesh N. Amin.
Amin yang mengetuai pasukan doktor merawat Clinton memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan dan dikongsi jurucakap bekas presiden, Angel Urena di akaun Twitter miliknya.
"Bagi pihak semua di UC Irvine Medical Center, kami berbesar hati merawat beliau dan akan terus memantau perkembangannya," tambah Amin.

Statement from Dr. Alpesh N. Amin, Chair, Department of Medicine and Executive Director, Hospital Medicine at UC Irvine Health, who has been overseeing the team of doctors treating President Clinton pic.twitter.com/n3mJHesjfC

— Angel Ureña (@angelurena) October 17, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bekas presiden itu dimasukkan ke hospital pada Selasa malam kerana jangkitan urologi, menurut pembantunya.
BACA: Bill Clinton dirawat di ICU akibat jangkitan dalam darah
Clinton, 75, anggota Parti Demokrat, berkhidmat sebagai presiden AS ke-42 dari 1993 hingga 2001.
-- BERNAMA
#Bill Clinton #Hospital #Pulih #Angel Urena
;