Bilionair Jepun buat pusingan 'U', tak jadi sertai ekspedisi ke bulan bersama calon pasangan

Agensi
Januari 30, 2020 18:57 MYT
Maezawa tidak jadi sertai dokumentari keliling bulan bersama pasangan terpilih. - Reuters
TOKYO: Bilionair fesyen Jepun, Yusaku Maezawa, mengumumkan menarik diri daripada menyertai program dokumentari yang memerlukannya mengikuti ekspedisi mengelilingi bulan bersama calon teman wanita terpilih.
Setelah mencetus kekecohan tentang tawaran luar biasa dan menerima puluhan ribu permohonan, Maezawa tidak jadi mengikuti program menaiki pesawat angkasa milik SpaceX, dengan memberi alasan ‘mempunyai perasaan serba salah’.
Awal bulan ini, bilionair berusia 44 tahun itu menjadi tular kerana mengumumkan untuk mencari calon untuk menjadi teman wanitanya, seterusnya mereka bakal menjadi subjek sebuah dokumentari khas ekspedisi angkasa menaiki pesawat milik hartawan Elon Musk.

AbemaTV https://t.co/UvnhXov8xB

— Yusaku Maezawa (MZ) (@yousuck2020) January 30, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Bilionair Jepun mahu cari teman hidup untuk dibawa 'terbang' mengelilingi bulan
Program itu dirancang untuk disiar secara penstriman langsung AbemaTV. Hampir 28,000 orang telah membuat permohonan itu.
Maezawa berkata, dia berasa ‘sangat sedih' dengan keputusan menarik diri, dan meminta maaf kepada semua pemohon dan petugas AbemaTV.
Beliau sebelum ini telah mencetuskan ‘gempar’ di media sosial apabila menghadiahkan sejumlah AS$9 juta kepada 1,000 pengikut Twitter terpilih.
#bilionair jepun #yusaku maezawa #ekspedisi keliling bulan #abematv
;