'Bilik mesra' untuk suami isteri mangsa gempa di Lombok

Sinar Harian
September 4, 2018 12:45 MYT
Bilik mesra yang didirikan untuk pasangan suami isteri mangsa gempa melakukan hubungan intim. -Foto Sinar Harian
Sukarelawan yang ditempatkan di Lombok mendirikan sebuah 'bilik mesra' di Dusun Pawang Busur Timur, Desa Rempek, Kecamatan Bayan, Kabupaten Lombok Utara sejak minggu lalu.
Bilik mesra tersebut disediakan untuk pasangan suami isteri melakukan hubungan intim memandangkan kebanyakan rumah penduduk roboh akibat siri gempa di pulau peranginan tersebut.
Bagaimanapun, bilik itu tidak pernah digunakan oleh mana-mana pasangan kerana segan dengan orang sekeliling.
Seorang ibu muda yang enggan dikenali berkata, dia berasa sangat malu untuk masuk ke bilik tersebut.
"Sudah hampir seminggu bilik itu tidak digunakan mana-mana penduduk. Malah, tidak ada yang sanggup masuk walaupun diberi upah.
"Mereka lebih memilih untuk menahan nafsu masing-masing kerana berasa tidak selesa dengan penduduk lain," ujarnya sambil ketawa. - viva.co.id
#bilik mesra #Desa Rempek #Dusun Pawang Busur Timur #gempa #hubungan intim #Kabupaten Lombok Utara #Kecamatan Bayan #Lombok #malu #menahan nafsu
;