Bilal cedera ditikam semasa solat

Agensi
Februari 20, 2020 07:12 MYT
Polis menahan suspek berusia 29 tahun, namun mengatakan serangan itu bukan bermotifkan keganasan. - Twitter ITV News/ 5PillarsUK
SEORANG bilal di Masjid London Central cedera ditikam dalam satu kejadian pada petang Khamis, di England.
Mangsa dikenali sebagai Rafat Maqlad, 69.
Susulan kejadian, polis menahan seorang lelaki berusia 29 tahun, namun mengatakan serangan itu bukan bermotifkan keganasan, lapor CNN.
Seorang saksi berkata suspek sering dilihat di masjid tersebut sejak enam bulan lalu.

BREAKING NEWS: We are hearing unconfirmed reports that a muadhin has been stabbed at London Central Mosque. More details to follow. pic.twitter.com/YQhU50hrBM

— 5Pillars (@5Pillarsuk) February 20, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Penyerang dipercayai sengaja menunggu sehingga solat dimulakan sebelum meluru ke arah mangsa dan menikamnya di bahagian bahu sebelah kanan.
"Solat baru sahaja bermula dan suspek solat di belakang mangsa, sebelum menikamnya," kata seorang saksi.
Ketika kejadian, dilaporkan kira-kira 100 orang berada di masjid, dan membantu memberkas suspek sebelum ketibaan polis.
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dalam satu kemaskini status di Twitter, meluahkan kekesalan atas kejadian berkenaan.
"Ini amat mengerikan dan ini tidak sepatutnya berlaku, terutama di tempat ibadat," tulisnya.
Siasatan sedang diteruskan dan mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil.
#Britain #London #London Central Mosque #mangsa #Rafat Maqlad #serangan #suspek #tikam
;