'Big Mouth' tidak mahu menjadi lanun lagi
Astro Awani
Januari 11, 2013 01:01 MYT
Januari 11, 2013 01:01 MYT
Seorang komander lanun Somalia yang digelar sebagai ‘Big Mouth’ mengumumkan keputusan untuk tidak terlibat lagi dalam aktiviti pelanunan.
Keputusan itu diumumkan dalam satu majlis di Bandar Adabo.
Menurut ‘Big Mouth’ atau nama sebenarnya Mohamed Abdi Hassan, pembabitan dalam dunia pelanunan selama ini hanya menyaksikan kepahitan dan kesan buruk terhadap diri mereka.
Sehubungan itu, beliau telah menggesa rakan-rakan seperjuangannya yang lain untuk menghentikan aktiviti pelanunan mereka dan seterusnya menyerahkan semua bahan seperti bot dan senjata kepada pihak berkuasa.
Malah, ujar Mohamed Abdi, pihaknya telah mengadakan rundingan dengan bekas Presiden Somalia, Sheikh Sharif Sheikh Ahmad bagaimana untuk menghapuskan aktiviti kotor itu.
Sekumpulan lelaki yang juga melahirkan hasrat sama, turut hadir pada majlis terbabit.