Biden tandatangan rang undang-undang perbelanjaan untuk elak penutupan kerajaan
Bernama
Oktober 1, 2023 14:29 MYT
Oktober 1, 2023 14:29 MYT
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Sabtu menandatangani rang undang-undang perbelanjaan jangka pendek untuk memastikan kerajaan terus dapat beroperasi, lapor Agensi Anadolu.
"Saya baru sahaja menandatangani undang-undang untuk memastikan kerajaan dibuka selama 47 hari.
"Terdapat banyak masa untuk meluluskan rang undang-undang pembiayaan kerajaan untuk tahun fiskal akan datang dan saya menggesa Kongres terus menjalan tugas mereka.
"Rakyat Amerika mengharapkan kerajaan dapat beroperasi. Mari kita pastikan ia berlaku," tulis Biden di X.
Beliau turut memuat naik gambar ketika menandatangani rang undang-undang itu.
Langkah itu dibuat selepas Senat AS meluluskan rang undang-undang, dengan undian 88-9 menyaksikan sokongan dwipartisan.
Sebelum ini, Dewan Perwakilan turut meluluskan langkah tambahan untuk membiayai kerajaan selama 45 hari dengan undian 335-91.-- BERNAMA