RAMALLAH: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menyuarakan sokongan terhadap penyelesaian dua negara bagi merungkai konflik Israel-Palestin dan berikrar memberikan bantuan US$300 juta kepada Palestin ketika singgah di Baitul Laham, Tebing Barat pada Jumaat.
"Sebagai Presiden AS, komitmen saya ke arah penyelesaian dua negara tidak pernah berubah," lapor Xinhua yang memetik Biden pada sidang akhbar bersama bersama Presiden Palestin, Mahmoud Abbas di Baitulaham.
"Matlamat pembentukan dua negara seakan terlalu jauh manakala penghinaan seperti sekatan pergerakan atau perjalanan atau rasa tertekan akibat bimbang terhadap keselamatan anak-anak adalah suatu yang amat mendesak," katanya yang berada di Timur Tengah dalam rangka lawatan diplomatik.
Sebelum berlepas ke Arab Saudi pada sebelah petang, Biden turut mengunjungi Abbas di Istana Presiden Palestin di Baitul Laham.
Bagi menangani masalah di Baitulmaqdis, Biden berkata bandar itu menjadi tumpuan terhadap wawasan kebangsaan bagi kedua-dua entiti iaitu Israel dan Palestin dengan Jordan terus bertindak sebagai penjaga tempat suci berkenaan.
Pada sidang akbar itu, Biden turut berkata AS akan memberikan bantuan sebanyak US$200 juta bagi membiayai Agensi Bantuan bagi Pelarian Palestin (UNRWA) untuk melaksanakan misinya dirantau itu.
Ketika melawat sebuah hospital Palestin, beliau turut berjanji menyediakan US$100 juta untuk Rangkaian Hospital Baitulmaqdis Timur, termasuk enam institusi kesihatan serta khidmat kesihatan bagi penduduk Palestin di kota suci itu.
Sementara itu, Mahmoud Abbas menggesa Biden mewujudkan suasana politik bagi mencari keadilan dan keamanan berkekalan menyeluruh di rantau itu.
Sambil mengulangi beberapa ketetapan antarabangsa serta penyelesaian dua negara di sepanjang sempadan 1967 sebagai asas proses damai, Abbas menggesa Biden membantu mengukuhkan kembali tunggak berkenaan.
"Selepas 74 tahun pendudukan dan pengusiran Nakba, bukankah sudah tiba masa bagi penjajahan ini (Israel) dihentikan, bagi rakyat kami yang berpendirian teguh pula, sekali lagi, bagi mendapatkan kebebasan dan kemerdekaan mereka.
"Sehubungan itu, kami menegaskan bahawa kunci untuk keamaman dan keselamatan di rantau ini bermula dengan mengiktiraf Negara Palestin, membenarkan rakyat Palestin mendapatkan hak sah mereka sejajar dengan ketetapan antarabangsa.
"Kami sedang menunggu langkah yang akan diambil oleh Kerajaan AS bagi mengukuhkan hubungan dua hala dengan membuka semula konsulat AS di Baitulmaqdis Timur, mengeluarkan PLO (Pertubuhan Pembebasan Palestin) daripada senarai kumpulan pengganas AS," kata Abbas.
Sebelum Baitul Laham, Biden melawat Israel pada Rabu yang menjadi destinasi pertama rangka lawatannya ke Timur Tengah. Beribu-ribu penduduk Palestin mengadakan bantahan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza membantah lawatan Biden ke Israel dan wilayah Palestin serta dasarnya yang didakwa berat sebelah berhubung isu Israel-Palestin.
Sementara itu, Hamas, kumpulan yang memerintah Semenanjung Gaza, membidas lawatan Biden yang dianggap sebagai 'tiada sebarang perkara baharu membabitkan Palestin selain cuba menyerlahkan sikap berat sebelahnya terhadap visi Israel."
"Biden terus menjual ilusinya kepada khalayak menerusi beberapa terminologi yang hambar," kata jurucakap Hamas, Hazem Qassem.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 16 2022

Mahmoud Abbas dan Joe Biden berjabat tangan ketika pertemuan di Baitul Laham, Tebing Barat, 15 Julai 2022. (Foto AP)

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.
Duterte mungkin dipenjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung perang dadah.

Trump umum henti akses keselamatan dan taklimat risikan harian Biden
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat mengumumkan bahawa beliau menghentikan akses keselamatan bekas presiden Joe Biden serta menamatkan taklimat risikan hariannya, lapor Xinhua.

Putin dakwa konflik Ukraine tidak berlaku jika Trump terajui White House lebih awal
Moscow tidak pernah menolak peluang untuk berhubung dengan pentadbiran AS.

Trump akan batalkan hampir 80 tindakan eksekutif pentadbiran Biden
Donald Trump mengumumkan rancangan untuk membatalkan hampir 80 tindakan eksekutif pentadbiran Biden sebelum ini.

Trump temui surat yang ditinggalkan Biden untuknya di Pejabat Oval
Joe Biden tinggalkan surat buat penggantinya dalam laci di Pejabat Oval.

Trump janji batal beberapa perintah eksekutif Biden selepas angkat sumpah
Menurut laporan media AS, Trump dijangka menandatangani lebih 100 perintah eksekutif pada hari pelantikannya.

Trump, Biden minum pagi di White House sebelum majlis angkat sumpah
Majlis angkat sumpah akan dipindahkan ke dalam bangunan Capitol disebabkan cuaca sejuk.

TikTok mula ditutup di Amerika esok kecuali jika Biden campur tangan
Jaminan yang diperlukan ialah Apple, Google dan penyedia perkhidmatan lain tidak akan dikenakan tindakan kerana terus menyokong TikTok.

Pentadbiran Biden tidak akan kuatkuasakan pengharaman TikTok, kata pegawai Rumah Putih
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden tidak akan melaksanakan larangan TikTok sehari sebelum beliau meninggalkan jawatannya pada Isnin.

Amerika mahu haramkan jualan kereta keluaran China, Rusia
JOE Biden menghabiskan hari-hari terakhir beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat dengan meluluskan beberapa lagi arahan pengharaman teknologi ke atas China dan Rusia.

Biden larang kemasukan kenderaan pintar dari China, Rusia atas risiko keselamatan
Presiden Amerika Syarikat mengumumkan larangan terhadap teknologi dari China dan Rusia dalam kenderaan, berikutan kebimbangan keselamatan.