Biden selar tindakan Gabenor Texas, Mississippi batal arahan pemakaian pelitup muka

Astro Awani
Mac 3, 2021 06:59 MYT
Biden mengkritik keras tindakan Gabenor Texas and Mississippi menarik balik arahan pemakaian pelitup muka di tempat awam. -Gambar fail
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengkritik keras tindakan Gabenor Texas and Mississippi kerana menarik balik arahan pemakaian pelitup muka di tempat awam.
Tegasnya, tindakan berkenaan adalah satu kesilapan besar.
"Saya rasa ia adalah satu kesilapan yang sangat besar.
"Sekarang, saya harap semua orang sedar bahawa pelitup muka ini mampu memberi perubahan kepada kita.
"Ini kerana kita dalam usaha untuk melakukan satu norma baharu yang mencegah jangkitan pandemik," kata Biden.
BACA: Texas tarik balik arahan pemakaian wajib pelitup muka
Malah, katanya, ia bukan pendekatan sebenar perlu dilakukan walaupun ketika ini vaksin sudah mula diperoleh kebanyakan negara.
Kata Biden lagi, apa yang diperlukan ialah pemikiran "Neanderthal" atau primitif pada ketika ini dalam memastikan semua tindakan dilakukan dengan baik demi kebaikan warga AS.
#Amerika Syarikat #pelitup muka #Joe Biden #pandemik
;