Biden rombak dasar penjagaan kesihatan Trump
Astro Awani
Januari 29, 2021 12:40 MYT
Januari 29, 2021 12:40 MYT
PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengambil langkah pertamanya dengan merombak dasar penjagaan kesihatan pentadbiran bekas presiden Donald Trump.
Jelasnya, beliau menandatangani dua perintah eksekutif sebagai langkah 'memperbaiki kerosakan' pentadbiran Trump terhadap sektor penjagaan kesihatan itu.
"Dan yang pertama yang akan saya tandatangani adalah untuk memperkasa Medicaid dan Akta Penjagaan Berkemampuan.
"Kita perlu kembalikan akses luas kepada Medicaid ini, tambahan pula di tengah-tengah penularan pandemik.
"Arahan kedua yang saya tandatangani adalah berkaitan dengan melindungi kesihatan wanita dalam dan luar negara.
"Ini akan mengembalikan semula perubahan yang dibuat pada Perkara 10 dan perkara lain yang menjadikan wanita sukar mendapat akses kepada rawatan kesihatan dengan harga berpatutan, berkaitan hak reproduktif," katanya.
Biden pada Khamis menandatangani arahan mengenai pelbagai isu termasuk memastikan lebih ramai rakyat AS dilindungi insurans kesihatan.
Beliau mahu melupuskan maklumat pekerjaan golongan berpendapatan rendah bagi membolehkan mereka menerima Medicaid.
Kesan jangka pendek yang signifikan dapat disaksikan dengan pembukaan semula pasaran insurans penjagaan kesihatan yang merosot ketika pandemik.
#kesihatan
#Donald Trump
#Washington
#Joe Biden
#COVID-19
#pandemik
#penjagaan kesihatan
#memperbaiki kerosakan
#dasar
#wanita
#akses kepada kesihatan
#Medicaid
#maklumat pekerjaan
#insurans
#pasaran
#pendapatan rendah
#reproduktif