Biden rancang kekalkan Wray sebagai Pengarah FBI
Bernama
Januari 22, 2021 14:05 MYT
Januari 22, 2021 14:05 MYT
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden merancang mengekalkan Christopher Wray sebagai Pengarah FBI, menurut Setiausaha Akhbar Rumah Putih Jen Psaki pada Khamis.
Wray dicalonkan oleh bekas Presiden Donald Trump pada Jun 2017 bagi menggantikan James Comey yang dipecat ketika siasatan FBI mengenai hubungan kempen Trump dengan Rusia sedang berlangsung, lapor Agensi Berita Xinhua.
“Ingin nyatakan dengan jelas Presiden Biden berhasrat mengekalkan jawatan Pengarah FBI Wray dan beliau yakin dengan tugas dilakukannya,” tulis Psaki di Twitter.
Pengarah FBI dilantik untuk tempoh 10 tahun, tetapi tidak semestinya menjalani penggal penuh dan boleh dipecat oleh presiden atau memilih untuk berundur, memetik laporan The Hill.
-- BERNAMA
#Joe Biden
#James Comey
#Amerika Syarikat
#Rusia
#FBI
#Donald Trump
#siasatan
#Jen Psaki
#Pengarah FBI
#Christopher Wray