Biden pertahan keputusan undur tentera dari Afghanistan
Astro Awani
Julai 8, 2021 06:42 MYT
Julai 8, 2021 06:42 MYT
PRESIDEN Joe Biden mempertahankan keputusan mengundurkan sepenuhnya tentera Amerika Syarikat dari Afghanistan.
Kata Biden di Washington pada Khamis, operasi tentera di negara Asia Selatan itu akan tamat pada 31 Ogos depan.
Biden adalah presiden keempat yang melalui perang ini.
Kenyataan itu dibuat ketika kumpulan Taliban semakin meningkatkan penguasaan di beberapa wilayah di Afghanistan.
“Misi ketenteraan di Afghanistan akan diselesaikan pada 31 Ogos. Proses pengunduran berjalan dalam keadaan tersusun, dengan mengutamakan keselamatan tentera AS.
“Komander tentera telah menasihatkan saya setelah keputusan dibuat untuk menamatkan perang, kita perlu meneruskan elemen pengunduran ini dengan segera, dalam konteks ini, proses segera adalah keselamatan” katanya.
Misi perang Amerika di Afghanistan sudah berlarutan selama lebih 20 tahun.
Ia bermula selepas serangan 11 September 2001.
Biden awal tahun ini menetapkan 11 September 2021 sebagai sasaran tarikh pengunduran tentera dari Afghanistan.
#AS
#Taliban
#Afghanistan
#Asia
#Joe Biden
#Amerika Syarikat
#pengunduran
#undur
#perang
#tentera
#Washington
#keselamatan