Biden kata "tidak akan ke mana-mana" walau ada kebimbangan mengenai pencalonannya

Bernama
Julai 8, 2024 15:58 MYT
Biden berkata tidak akan bertanding jika tidak percaya beliau adalah calon terbaik untuk mengalahkan Donald Trump. - Gambar fail/AP/Susan Walsh
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Joe Biden pada Isnin menegaskan hasratnya untuk bertanding semula dalam pilihan raya, dengan mengatakan beliau adalah satu-satunya calon yang boleh diharapkan oleh Parti Demokrat untuk mengalahkan pencabarnya dan bekas Presiden Republikan Donald Trump, lapor Sputnik.
"Kesimpulannya, saya tidak akan ke mana-mana," kata Biden, ketika menghubungi rangkaian MSNBC untuk temu bual secara langsung.
"Saya tidak akan bertanding jika saya tidak percaya saya adalah calon terbaik untuk mengalahkan Donald Trump," katanya lagi.
-- BERNAMA
#Donald Trump #Joe Biden #pilihan raya #calon terbaik