Biden hadir upacara angkat sumpah Presiden baharu AS tidak kira siapa yang menang – White House

Bernama
Oktober 31, 2024 10:30 MYT
Joe Biden yang bakal melepaskan jawatan Presiden AS akan hadir upacara angkat sumpah Presiden baharu negara itu, walaupun keputusan pilihan raya presiden minggu depan tidak memihak kepadanya, menurut White House. - Gambar fail
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) yang bakal melepaskan jawatan Joe Biden akan hadir upacara angkat sumpah Presiden baharu negara itu, walaupun keputusan pilihan raya presiden minggu depan tidak memihak kepadanya, menurut White House.
"Presiden percaya pada peralihan kuasa secara aman, dan itulah yang anda akan lihat beliau lakukan," kata jurucakap Karine Jean-Pierre pada taklimat akhbar, lapor Agensi Anadolu.
Upacara angkat sumpah dijadual berlangsung pada Januari tahun depan.
"Ini bukan tentang beliau; ia mengenai rakyat Amerika. Itulah yang mereka perlu lihat, tidak kira siapa yang menang," tambahnya.
"Dan itu sebahagian daripadanya - menghadiri upacara angkat sumpah, hadir sebagai sebahagian daripada proses bersejarah yang sentiasa dijunjung. Beliau pasti akan mengambil bahagian dalam acara itu," kata Jean-Pierre.
Bekas Presiden Donald Trump tidak menghadiri upacara mengangkat sumpah Presiden pada Januari 2021, melanggar tradisi yang telah lama wujud. - BERNAMA
#presiden as #Joe Biden #Pilihan Raya Presiden AS #White House
;