Biden dahului Trump di Pennsylvania, cerahkan peluang ke White House
Agensi
November 6, 2020 23:58 MYT
November 6, 2020 23:58 MYT
JOE Biden mendahului Donald Trump di Pennsylvania, sekali gus mencerahkan peluangnya untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-46.
Memetik laporan FT.com, calon dari Parti Demokrat itu dilaporkan sedang mendahului dengan 5,500 undi di mana kiraan masih sedang dijalankan.
Jika Biden berjaya memenangi 20 undi elektoral di Pennsylvania, beliau akan mempunyai lebih dari cukup undi untuk ke White House.
Biden juga kini sedang mendahului di tiga lagi negeri di Amerika Syarikat.
Biden, 77 tahun, semakin hampir untuk mendapatkan 270 undi elektoral untuk menang Pilihan Raya Presiden.
Berdasarkan laporan CNN, Biden sedang mendahului kiraan undi dengan 253 undi elektoral berbanding Presiden Trump yang mendapat 213 undi elektoral.
Menurut unjuran oleh portal berita The Associated Press pula, Biden dari kini memperoleh 264 undi elektoral manakala Trump dari Parti Republikan dengan 214 undi.
Bekas naib presiden itu terus merapatkan jurang undi di Georgia dan Pennsylvania yang didahului Republikan.
#Joe Biden
#Parti Demokrat
#Donald Trump
#Parti Republikan
#Pennsylvania
#pilihan raya presiden
#Amerika Syarikat
#Georgia
#White House