Biden bertemu pemimpin perniagaan bincang ekonomi AS
Astro Awani
Februari 10, 2021 08:03 MYT
Februari 10, 2021 08:03 MYT
WASHINGTON DC: Presiden Joe Biden bertemu dengan pemimpin perniagaan di White House bagi membincangkan keperluan kritikal dalam 'Pelan Penyelamat Amerika' untuk menyelamatkan ekonomi.
Naib Presiden, Kamala Harris dan Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen juga menyertai Biden ke mesyuarat Oval Office pada Selasa.
Biden mengemukakan rancangan bantuan koronavirus bernilai AS$1.9 trilion sebagai tindak balas segera terhadap wabak itu tetapi menghadapi tentangan yang sukar untuk meluluskannya di Capitol Hill.
Demokrat hanya mempunyai majoriti Dewan Perwakilan dan Senat yang tipis.
Penentangan republikan terhadap rancangan itu boleh dibuat sebulat suara dan demokrat harus memenangi hati kumpulan Republikan sederhana yang bimbang pakej itu terlalu progresif.
Satu tentangan yang diterima adalah kaedah Demokrat mencadang dan mengehadkan pembayaran bantuan AS$1,400 kepada individu dengan pendapatan AS$75,000 atau kurang dan secara beransur ansur menghentikannya kepada individu dengan pendapatan AS$100,000.
Pasangan dengan pendapatan hingga AS$150,000 akan mendapat pembayaran bantuan AS$2,800 yang secara beransur-ansur berkurangan sehingga mencapai pasangan dengan pendapatan AS$200,000.
Tahap pendapatan ini menyebabkan perpecahan dalam kalangan Demokrat.
Ini kerana golongan sederhana berpendapat pelepasan harus lebih bersasar kepada kumpulan yang memerlukan.
Biden menyatakan beliau tidak akan meluluskan pembayaran setiap individu di bawah paras AS$1,400 namun Presiden AS itu lebih fleksibel terhadap had pendapatan.
Wabak koronavirus telah membunuh lebih 460,000 rakyat AS sementara ekonomi mereka telah kehilangan 10 juta pekerjaan sejak permulaan krisis tahun lalu.
#White House
#Joe Biden
#Pelan Penyelamat Amerika
#Kamala Harris
#Janet Yellen
#Oval Office
#Dewan Perwakilan
#Senat