Biden bakal umum pelantikan Panglima Tentera Udara sebagai jeneral tertinggi tentera AS

Bernama
Mei 25, 2023 04:10 MYT
Biden bercadang mengumumkan pelantikan Ketua Turus Tentera Udara Charles Q. Brown Jr sebagai pegawai tertinggi tentera AS. -Gambar fail/AP
TORONTO: Presiden Joe Biden pada Khamis bercadang untuk mengumumkan pelantikan Ketua Turus Tentera Udara Charles Q. Brown Jr. sebagai pegawai tertinggi tentera Amerika Syarikat (AS), lapor Anadolu.
"Pada sebelah petang, presiden akan mengumumkan hasratnya untuk mencalonkan Jeneral Charles Q. Brown Jr. untuk berkhidmat sebagai Pengerusi Ketua Turus Bersama yang akan datang," menurut Rumah Putih pada Rabu.
Naib Presiden Kamala Harris dan Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin juga akan menghadiri acara itu.
Pada masa ini, Jeneral Mark Milley berkhidmat sebagai Pengerusi Ketua Turus Bersama namun penggal empat tahunnya akan tamat pada akhir tahun ini.
Pelantikan Brown tertakluk kepada pengesahan Senat dan beliau akan menjadi pegawai kulit hitam kedua yang menjadi Pengerusi Ketua Turus Bersama selepas Colin Powell dua dekad lalu.
--BERNAMA-ANADOLU
#Joe Biden #Ketua Turus Tentera Udara #Charles Q Brown Jr #jeneral tertinggi tentera AS