Biden anugerahkan pingat kebebasan berprestij kepada Paus Francis

Bernama
Januari 12, 2025 15:00 MYT
Ini merupakan kali pertama Biden menganugerahkan Pingat Kebebasan Presiden dengan penghormatan khas. - Gambar fail/ AP
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Sabtu menganugerahkan Pingat Kebebasan Presiden dengan penghormatan khas kepada Paus Francis, anugerah awam tertinggi AS, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Biden pada asalnya merancang untuk menyampaikan pingat kepada Ketua Gereja Katolik itu secara peribadi pada Jumaat, namun presiden itu membatalkan lawatannya ke Itali untuk memantau situasi kebakaran hutan di California.
Anugerah berprestij itu diberikan kepada "individu yang telah memberikan sumbangan cemerlang kepada kemakmuran, nilai atau keselamatan Amerika Syarikat, keamanan dunia, atau usaha penting lain dalam masyarakat, sektor awam atau swasta", menurut kenyataan Rumah Putih.
Ini merupakan kali pertama Biden menganugerahkan Pingat Kebebasan Presiden dengan penghormatan khas.
-- BERNAMA
#Joe Biden #Paus Francis #anugerah #Amerika Syarikat
;