'Bidadari laut' yang ditemui nelayan rupa-rupanya patung pemuas nafsu

Kohilah Sekaran
Mei 3, 2016 16:31 MYT
Sebuah patung yang disangka 'bidadari laut' oleh nelayan di Indonesia disahkan sebagai alat pemuas nafsu seks oleh pihak polis tempatan.
Baru-baru ini, media sosial dikejutkan dengan penemuan sebuah patung yang dipercayai sebagai "bidadari laut’ oleh penduduk dari sebuah kampung terpencil di Indonesia.
Patung itu yang ditemui terapung di laut oleh seorang nelayan pada 19 April lalu, dan dia mendakwa ia adalah anugerah Tuhan dari syurga.
Nelayan yang berusia 21 tahun itu kemudiannya menyelamatkan ‘bidadari’ tersebut dan membawanya pulang ke kampung yang terletak di Kalupapi.
Difahamkan, keluarga nelayan itu serta penduduk yang lain telah menjaganya seperti manusia.
Mereka telah memakaikan pakaian serta hijab untuk ‘bidadari’ tersebut, setiap hari.
Malah, cerita penemuaan itu juga ditokok tambah oleh penduduk di sekitar kampung tersebut yang mendakwa bidadari itu ditemui terdampar dan menangis.
Keghairahan penemuan nelayan itu kemudian tersebar di media sosial sehingga mendapat perhatian pegawai polis tempatan.
Selepas menjalankan siasatan, pihak polis mengesahkan bahawa patung yang dipercayai ‘bidadari’ itu merupakan sebuah patung pemuas nafsu seks.
“Kami membuat pemeriksaan dan mendapati ia sebenarnya adalah patung seks," kata Ketua Polis tempatan, Heru Pramukarno seperti dipetik dari media antarabangsa.
Heru berkata, polis mengambil patung berkenaan bagi mengelakkan kontroversi yang lebih buruk.
#bidadari #Indonesia #kampung #Kini Trending #nelayan #patung #patung pemuas nafsu
;