"Biar dia hilang dara dengan ayahnya, daripada orang gila lain" - Ibu kejam mangsa rogol
Agensi
Januari 18, 2018 12:19 MYT
Januari 18, 2018 12:19 MYT
SEPASANG suami isteri warga Rusia dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan merogol anak perempuan mereka sendiri, yang berusia 12 tahun. Pasangan tersebut didakwa atas kesalahan pedofilia selepas memaksa mangsa menjadi ‘hamba seks’ mereka.
Tertuduh juga didakwa melakukan gangguan seksual secara kerap terhadap mangsa antara Disember 2016 dan Mac 2017. Ayah mangsa, yang tidak didedahkan identitinya, dituduh merogol anaknya dan pada kebiasaannya, isterinya akan berada di katil yang sama, seperti yang dilaporkan The Daily Mail.
Ibu mangsa pula, didakwa atas deraan seksual termasuk memasukkan objek ke dalam kemaluan mangsa.
Ibu mangsa juga berkata dia sendiri pernah dirogol sejak berusia 13 tahun. Disebabkan itu, pasangan itu sama-sama bersetuju “untuk melatih anak perempuan mereka lebih awal tentang hubungan seksual,” katanya kepada pihak polis.
"Biar dia hilang dara kepada ayahnya daripada orang gila lain," ibu mangsa memberikan alasan.
Kes deraan seksual terhadap anaknya terbongkar apabila mangsa berjumpa dengan doktor berkaitan “masalah haid”. Doktor mendapati mangsa sudah “kehilangan dara”.
Kemudian, doktor tersebut melaporkan kepada pihak penyiasat berkenaan deraan seksual mangsa.
Tertuduh didakwa mengakui penderaan yang mereka lakukan terhadap mangsa.
Selain itu, tertuduh juga memaksa mangsa tidur sekatil sebelum melakuan hubungan seksual. Lebih teruk, mangsa juga dipaksa melaku hubungan seksual secara bertiga.
Dimaklumkan, ahli keluarga lain seperti nenek mangsa juga tinggal sebumbung tetapi langsung tidak tahu menahu berkaitan deraan seksual tersebut.
Ibu bapa mangsa, keduanya berumur 34 tahun, telah direman dan sekarang dibawah jagaan di Volgograd. Tertuduh bakal dipenjara 20 tahun jika disabitkan kesalahan.
Menurut Daily Mail, tertuduh telah dilucutkan hak ibu bapa dan hak penjagaan terhadap mangsa.