Beyonce terima pencalonan Grammy terbanyak, termasuk 'Record of the Year'
Agensi
Mac 13, 2021 21:30 MYT
Mac 13, 2021 21:30 MYT
LOS ANGELES : Selebriti serta penyanyi R&B terkemuka, Beyonce menerima pencalonan paling banyak dalam anugerah Grammy tahun ini.
Menurut laporan AP, lagu 'Black Parade' dari album 'The Lion King: The Gift' menerima sembilan pencalonan Grammy termasuk dua pencalonan utama iaitu 'Song of the Year' dan 'Record of the Year' bagi anugerah berprestij yang bakal berlangsung Isnin ini di Staples Centre, Los Angeles.
Ibunya, Tina Knowles Lawson yang juga seorang pereka fesyen melihat pencalonan berkenaan sebagai penghargaan buat komuniti kulit hitam.
"Saya sangat berbangga kerana dia telah diajar dan membesar dengan gambaran wanita kulit hitam, tanpa mengira tona kulit, semuanya penting kepada saya untuk melihat mereka berhubung dengan warisan sebenar mereka.
"Sudah sampai hari yang mana dia mempunyai kuasa untuk menterjemah gambaran komuniti kulit hitam," katanya kepada AP.
'Black Parade' dikeluarkan pada Jun tahun lalu, iaitu bulan sambutan yang mengiktiraf kebebasan serta sejarah penghambaan warga Afrika-Amerika.
Album ini juga manifestasi kepada jiwa serta budaya masyarakat 'people of colors'.
Pada tahun lalu, Beyonce turut mengeluarkan album visual 'Black is King ' dan dicalonkan sebagai filem muzik terbaik. Karya ini mengetengahkan seni, muzik, fesyen dan sejarah orang kulit gelap yang diberi nafas segar.
Beyonce adalah artis wanita yang mempunyai pencalonan paling banyak dalam sejarah Grammy, dengan 62 pencalonan setakat ini.
#Beyonce
#Black Parade
#Anugerah Grammy
#Los Angeles
#Staples Centre
#Black is King
#Record of the Year
#Lagu terbaik