Bertengkar kerana poligami, suami bunuh isteri pertama

Astro Awani
Februari 9, 2020 06:37 MYT
Tidak tahan kerana sering bertengkar, seorang suami bertindak membunuh isteri pertamanya. -Gambar fail
TIDAK tahan kerana sering bertengkar, seorang suami bertindak membunuh isteri pertamanya dalam kejadian di Lampung, Indonesia.
Anggota polis yang terlibat dalam siasatan kes ini, M Barly Ramadani berkata pelaku yang dinamakan sebagai Handoko, dari Kampung Way Galih, Kabupaten Tanjung Bintang, Lampung Selatan sudah diberkas pada Sabtu.
Katanya, pergaduhan itu berkait rapat dengan amalan poligami oleh suspek dan diburukkan dengan masalah kewangan mereka.
"Mangsa hidup susah dengan tiga anak sedang isteri kedua hidup senang tanpa anak," kata Barly.
Kes ini diketahui umum apabila mayat mangsa, Anis Suningsih, 34, dijumpai ladang jagung di Kampung Sindangsari, Daerah Tanjung Bintang pada Rabu malam.
Barly percaya suspek dibantu dua individu lain yang juga mengenali mangsa.
Polis juga tidak menolak kemungkinan penglibatan isteri kedua suspek dalam kes pembunuhan ini.
#bunuh #cinta #dendam #Indonesia #isteri #Lampung #Lampung Selatan #mayat #pengkhianatan #Skandal
;