Bermain dengan dapur gas, 12 maut
APTN
Disember 29, 2017 05:35 MYT
Disember 29, 2017 05:35 MYT
Akibat bermain dengan api di dapur gas rumahnya, seorang kanak-kanak berusia 3 tahun telah mengakibatkan kebakaran yang terburuk di Bronx, New York pada dekad ini.
Kebakaran tersebut mengakibatkan 12 orang terbunuh, termasuk sekurang-kurangnya 4 kanak-kanak, menjadikan ia antara insiden kebakaran terburuk pernah terjadi di New York tanpa mengira insiden 11 September 2001.
Api merebak dengan pantas dari apartmen di tingkat satu itu mengakibatkan tangga dan laluan keselamatan utama terhalang sepenuhnya.
Ini menyukarkan penghuni lain untuk menyelamatkan diri.
Sekurang-kurangnya 20 orang penghuni, termasuk kanak-kanak itu, ibunya dan seorang kanak-kanak lain, berjaya menyelamatkan diri melalui laluan keselamatan, namun yang lain tidak bernasib baik.
Kebakaran itu turut mengkibatkan 4 orang cedera parat dan dirawat di hospital.
Bangunan lima tingkat itu menempatkan sekitar 20 unit pangsapuri yang didiami penduduk dari pelbagai negara.
Pada tahun 1990 sebuah kelab malam terbakar di Bronx, mengakibatkan 87 orang terbunuh.
Insiden lain termasuk kebakaran yang mengakibatkan 10 orang terbunuh termasuk 9 kanak-kanak dalam kebakaran sebuah rumah di Bronx pada 2007.