Berlusconi tiada niat menjadi PM Itali

Astro Awani
Januari 20, 2013 07:49 MYT
Teka-teki mengenai siapakah yang bakal menjadi Perdana Menteri Itali yang baharu selepas pilihan raya umum negara itu, sudah terjawab.
Ini susulan bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi yang menegaskan tidak bercadang untuk menjadi Perdana Menteri Itali biarpun jika parti pimpinannya, menang pilihan raya bulan hadapan.
Dalam temuramah dengan stesen televisyen Sky Tg24, Berlusconi sebaliknya menamakan bekas Menteri Kehakiman Itali, Angelino Alfano sebagai pilihan untuk menerajui kerajaan Itali.
Spekulasi mengenai kemungkinan Berlusconi akan kembali menerajui Itali tercetus selepas parti konservatifnya menarik balik sokongan kepada Mario Monti.
Dalam temuramah itu, Berlusconi turut menyerang Monti dan menyifatkan kerajaan pimpinannya telah membawa Itali ke kancah kehancuran.
Biarpun tidak berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri Itali, Berlusconi dijangka mempertahankan kerusi di Parlimen.
#Itali #mario monti #Perdana Menteri #Silvio Berlusconi
;