Berlian biru terbesar ditemukan di Gaborone
Afiq Ariffin
April 20, 2019 06:05 MYT
April 20, 2019 06:05 MYT
Sebuah syarikat berlian di Gaborone, Botswana mendedahkan penemuan berlian biru terbesar di negara itu sekali gus merampas kedudukan berlian biru terbesar dunia yang dipegang oleh berlian Hope Diamond sebelum ini.
Berlian yang diberi nama Okavango Blue itu mempunyai mempunyai berat 20.46 karat dan berjaya menduduki tangga teratas dalam sejarah penemuan berlian biru sepanjang zaman.
Berlian itu kini dipamerkan di Gaborone oleh Syarikat Berlian Okavango yang dimiliki kerajaan.
Ia pada asalnya ditemui sebagai batu kasar dengan berat 41.11-karat di lombong Orapa yang dikendalikan oleh pengeluar Debswana.
Okavango Blue merupakan berlian "biru mewah" sama seperti Hope Diamond yang berasal dari Golconda, India. Warnanya terhasil daripada hablur yang terkandung di dalam berlian tersebut.
Walaupun Hope Diamond lebih berat dengan 45.52 karat, Okavango Blue lebih bernilai berikutan kejelasan berliannya.
Berlian biru merupakan berlian yang agak istimewa kerana ia jarang ditemui dan diklasifikasikan sebagai warna mewah.