Berjalan 17km, solidariti untuk 17 mangsa serangan berdarah Florida

Agensi
Februari 20, 2018 07:14 MYT
Puluhan pelajar berhimpun bagi menzahirkan solidariti bagi 17 mangsa yang ditembak mati di Marjory Stoneman Douglas High School - Gambar AP
Pelajar dari beberapa sekolah tinggi di Florida berarak sebagai tanda solidariti kepada mangsa serangan berdarah di Marjory Stoneman Douglas High School yang mengorbankan 17 nyawa 14 Februari lalu.
Mereka memulakan perjalanan sejauh 17 kilometer ke sekolah berkenaan dari West Boca Raton High School pada awal pagi Selasa.
Pada masa sama, puluhan lagi pelajar berhimpun di luar Fort Lauderdale High School sambil memegang kad bertulis ‘Darah kami di tangan anda’.
Ia dipercayai ditujukan kepada pihak kerajaan yang didakwa berlengah dalam memperketat undang-undang pemilikan senjata api.
#Florida #pelajar #sekolah #senjata api #serangan
;