Berita antarabangsa pilihan sepanjang Rabu
Astro Awani
Februari 24, 2021 23:55 MYT
Februari 24, 2021 23:55 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 Februari 2021.
Seorang bakal bapa maut selepas peranti yang sedang dipasang untuk parti 'gender reveal', meletup.
Christopher Pekny, 28, sedang memasang peranti itu di garaj rumahnya di Liberty, utara New York, bersama adiknya pada pagi Ahad ketika ia tiba-tiba meletup.
Kemajuan tenbologi 5G yang dimiliki China serta kedah penggunaanya dalam kehidupan harian akan menjadi tumpuan dalam Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) 2021 yang membuka tirainya di Shanghai pada Selasa.
Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 pada skala Richter melanda Utara Laut Maluku, Indonesia pada 6.25 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa bumi itu berpusat di 138 kilometer (km) selatan dari Kepulauan Talaud, Indonesia pada kedalaman 10 km.
KURANG lebih setahun penulis telah berhijrah ke Minamiuonum-shi, Niigata Prefecture yang terletak 250 kilometer daripada barat daya bandar raya Tokyo, Jepun.
Penghijrahan penulis ini bagi menimba ilmu di negara asing pastinya memiliki cabaran dan memorinya tersendiri. Sudah tentunya ada pahit dan manis mengharungi pandemik ini berjauhan daripada ibu bapa, sanak saudara, sahabat dan rakan taulan di tanah air.
PENTADBIRAN Makanan dan Ubatan Amerika (FDA) merancang untuk meluluskan permohonan Pfizer Inc dan BioNTech SE untuk menyimpan vaksin COVID-19 mereka pada suhu sejuk beku standard, bukan dalam suhu terlampau sejuk, lapor New York Times pada Selasa.
Sekurang-kurangnya 62 terkorban dalam rusuhan di tiga penjara Ecuador pada Selasa dalam kejadian yang disifatkan kerajaan sebagai usaha bersepadu beberapa organisasi jenayah.
Susulan kejadian, presiden negara berkenaan, Lenin Morena, telah mengisytiharkan keadaan darurat sementara di penjara terlibat bagi mengawal keganasan di fasiliti berkenaan.
Datuk Bandar New York memberi amaran kepada mereka yang mahu melakukan tindakan ganas terhadap masyarakat Asia di negeri itu. Amaran Bill De Blasio itu disusuli dengan hukuman oleh penguatkuasa terhadap mereka yang terlibat dalam jenayah kebencian itu.
Bekalan vaksin COVID-19 akan diedarkan ke beberapa daerah di Amerika Syarikat bagi minggu kelima.
Setiausaha Akhbar White House, Jen Psaki mengumumkan, beberapa daerah akan menerima kira-kira 14.5 juta dos vaksin minggu ini.
PERTUBUHAN Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) komited untuk menghadkan kenaikan suhu global kepada 1.5 darjah Celsius menjelang akhir abad ini.
Menurut Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres isu perubahan iklim ini adalah isu penentu masa depan dan ia akan beri impak kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa.
JUMLAH keseluruhan penularan jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini menghampiri angka 112 juta.
Berikutan pertambahan ratusan ribu kes baharu sejak 24 jam lalu, angka jangkitan kumulatif global kini mencecah 111,997,291.
#berita pilihan
#berita antarabangsa
#berita luar negara
#pandemik
#COVID-19
#isu perkauman
#New York
#gempa bumi Indonesia
#Amerika Syarikat
#White House