Berita antarabangsa pilihan sepanjang Rabu
Astro Awani
Januari 20, 2021 00:02 MYT
Januari 20, 2021 00:02 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 21 Januari 2021.
Joe Biden dan isterinya, Jill Biden tiba di Bangunan Capitol Hill AS bagi upacara pelantikannya sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baharu.
Kamala Harris dan suaminya Doug Emhoff juga kelihatan menaiki tangga Capitol AS di seiringan dengan Biden memasuki pintu bangunan Capitol.
Donald Trump meninggalkan White House buat kali terakhir sebagai Presiden Amerika Syarikat, beberapa jam sebelum Joe Biden meneruskan warisan sebagai Presiden AS ke-46.
Trump yang sempat melambaikan tangan kepada khalayak ramai di situ turut mengucapkan bahawa ia adalah sebagai satu penghormatan besar untuk berada di dalam Rumah Putih tersebut.
BEBERAPA jam menjelang upacara angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46, Joe Biden, pemerhati politik di seluruh dunia kini menumpukan perhatian ke Washington.
Dalam pada banyak pihak mengharapkan detik itu membawa peluang melakar sejarah baharu bagi Negara Uncle Sam itu, sama ada dari segi perubahan positif di dalam negara tersebut dan juga dasar antarabangsa, ramai juga yang sekadar merasai kelegaan dan keterujaan untuk melihat sosok baharu yang menggantikan Donald Trump yang penuh kontroversi.
Pentadbiran Joe Biden dan Kamala Harris dilihat bakal mengukuhkan semula isu perpaduan di negara kuasa besar itu.
Pensyarah Jabatan Pengajian Strategik dan Antarabangsa Universiti Malaya (UM), Prof Dr Jatswan Singh berkata, ini disebabkan dilihat wujudnya isu perpecahan dalam pentadbiran Donald Trump sebelum ini.
Hartawan dan pengasas Alibaba.com, Jack Ma membuat penampilan yang pertama setelah dilaporkan 'hilang' dari pandangan umum sejak Oktober tahun lalu.
Mogul terkenal dari China itu tampil menerusi sebuah panggilan video bersama sekumpulan guru pada Rabu, sekali gus meredakan kebimbangan orang ramai berkenaan misteri kehilangannya dari masyarakat umum.
Indonesia terus mencatatkan kenaikan jumlah jangkitan baharu COVID-19 yang tinggi, selepas merekodkan 12,586 kes baharu dalam tempoh 24 jam.
KENYA ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila negara itu bukan sahaja terkesan akibat penularan virus COVID-19, ditambah pula dengan musuh yang bukan asing lagi, dan hadirnya dalam jumlah yang berjuta-juta!
Belalang juta yang terus membiak-biak itu kembali 'mengganas' di Kenya dan mengancam hasil tanaman petani yang pendapatan mereka masih lagi terkesan sejak kedatangan serangga itu dua tahun lalu.
BRAZIL memulakan program vaksinasi negara dengan menyuntik golongan peribumi di pedalaman Amazon, pada Selasa.
Memetik laporan Reuters, kerajaan negara itu telah menghantar petugas kesihatan dan 1,000 dos vaksin menentang COVID-19 buatan firma biotek China, Sinovac ke perkampungan Umariacu yang terletak berhampiran sempadan Peru dan Colombia.
Indonesia akan bina semula kediaman dan bangunan yang musnah akibat gempa bumi kuat yang melanda Sulawesi minggu lalu, ujar Presiden Joko Widodo atau Jokowi pada Selasa, ketika angka kematian akibat tragedi itu mencecah 90 orang dan ribuan lagi tinggal sehelai sepinggang.
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan-ocha pada Selasa memberi amaran bahawa kerajaannya akan mendakwa sesiapa sahaja yang berkongsi maklumat palsu tentang vaksin virus korona di media sosial dan media massa.
#berita pilihan
#berita luar negara
#berita antarabangsa
#Joe Biden
#Presiden Amerika Syarikat
#AS
#gempa Sulawesi
#Kama Harris