Berita antarabangsa pilihan sepanjang Khamis

Astro Awani
Januari 21, 2021 00:14 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 22 Januari 2021.
1) Gempa bumi kuat gegar Kepulauan Talaud, Indonesia
Gempa bumi kuat bermagnitud 7.0 pada skala Richter dilaporkan menggegar Kepulauan Talaud, Indonesia pada 8.23 malam waktu Malaysia, hari ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu dikesan pada kedudukan 143 kilometer timur laut dari Pulau Talaud, Indonesia dengan kedalaman 133 kilometer.
2) COVID-19: London tukar bas jadi ambulans, pindahkan pesakit
DUA buah bas di London kini digunakan sebagai ambulans sementara, sekali gus ia situasi yang menandakan COVID-19 kini begitu menekan sistem kesihatan di bandar raya itu.
Sebahagian besar tempat duduk di dalam bas dibuang untuk membolehkan ia membawa empat pesakit, dalam usaha untuk meringankan bebanan terhadap hospital dan perkhidmatan ambulans di London.
3) Nyanyian Lady Gaga dipuji, tapi Amanda Gorman lebih menyinar
AMERIKA SYARIKAT bukan sahaja mempunyai presiden baharu, tetapi juga bintang sastera baharu.
Nama penyajak muda, Amanda Gorman, yang dijemput membacakan puisi pada acara angkat sumpah Joe Biden sebagai presiden semalam, menjadi inspirasi hashtag #BlackGirlMagic dan menerima pujian bekas presiden, Barack Obama dan Michelle Obama.
4) Joe Biden, pasukan pentadbiran secara rasmi ambil alih akaun Twitter @POTUS
SELEPAS mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baharu, Joe Biden dilaporkan sudah mengambil alih akaun media sosial @POTUS, iaitu akaun Twitter rasmi milik presiden negara berkenaan.
Ia sekali gus menandakan bahawa akaun rasmi itu kini telah beralih dari pentadbiran Trump ke pentadbiran Biden sejurus selepas pelantikan beliau.
5) Kekurangan diri tidak halang pemuda Gaza ini pelajari karate
Youssef Abu Amira tidak pernah menjadikan kekurangan dirinya sebagai alasan untuk pasrah pada keadaan.
Graduan undang-undang berusia 24 tahun itu dilahirkan tanpa sepasang kaki dan kedua-dua belah tangannya pula tidak sempurna.
6) Polis Itali selamatkan lukisan bersejarah, pihak muzium tak sedar pun ia dicuri
Lukisan berusia 500 tahun yang dicuri dari muzium gereja di Naples, Itali telah diselamatkan oleh pihak polis dari sebuah pangsapuri yang terletak di luar bandar di selatan negara itu, pada Selasa.
7) COVID-19 ragut lebih 2.06 juta nyawa di seluruh dunia
ANGKA kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 2.06 juta kes.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 404,000 kes.
8) James Corden hasil lagu parodi sempena hari terakhir Trump sebagai Presiden
HOS popular, James Corden tampil dengan video parodi terbaru, kali ini tentang hari terakhir Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat.
Kali Ini Corden mendapat inspirasi daripada teater Les Misérables.
9) COVID-19: Tiga rakyat Malaysia antara kes tempatan baharu di Singapura
Tiga rakyat Malaysia merupakan antara empat kes baharu jangkitan tempatan COVID-19 dilaporkan di Singapura, menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH).
10) 'Saya berjanji akan jadi presiden untuk semua rakyat Amerika' - Joe Biden
Joe Biden membuat ucapan sulungnya setelah mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-46 yang baharu.
Dalam ucapannya, beliau berjanji akan menjadi presiden kepada seluruh rakyat Amerika, termasuk mereka yang tidak menyokongnya.
#berita pilihan #berita antarabangsa #berita luar negara #gempa bumi Indonesia #Jabatan Meteorologi Malaysia #met malaysia #Presiden Amerika Syarikat #Joe Biden
;